Roma sebagai sebuah syarikat A.S._Roma

NEEP Roma Holding (Kumpulan)
Hasil▲ €128.520 juta (2013–14)[77]
▲ (€26.950 juta) (2013–14)
▲ (€40.107 juta ) (2013–14)[78]
Jumlah aset▲ €386.31 juta (2013–14)
Jumlah ekuiti▲ €43.398 juta (2013–14)
PemilikAS Roma SPV LLC (91%)
–James Pallotta
–Thomas R. DiBenedetto
–Michael Ruane
–Richard D'Amore
–Starwood Capital
Raptor Holdco LLC (9%)
–James Pallotta
Anak syarikatAS Roma SpA
AS Roma Real Estate Srl
Stadio TDV S.p.A.
Laman sesawangwww.asroma.com
A.S. Roma (Kumpulan)
BITASR
Hasil▲ €180.626 juta (2014–15)
▼ (€29.418 juta ) (2014–15[79])
▼ (€41.166 juta ) (2014–15[80])
Jumlah aset▲ €298.580 juta (2014–15[81])
Jumlah ekuiti▼ (€102.277 juta ) (2014–15[82])
PemilikNEEP Roma Holding SpA (79.044%)
– AS Roma SPV LLC (91%)
– Raptor Holdco LLC (9%)
Lain(20.956%)
Anak syarikatSoccer S.a.s. di Brand Management S.r.l.
ASR Media and Sponsorship S.r.l
Laman sesawangwww.asroma.com

Sejak 1999, ketika era Franco Sensi memegang jawatan, Associazione Sportiva Roma telah menjadi sebuah syarikat saham bersama. Dari tahun 2004 hingga 2011, perkongsian Roma diagihkan sekitar 67.1% kepada Compagnia Italpetroli SpA (syarikat keluarga Sensi) dan 32.9% kepada pemegang saham lain.

Pada April 2008, selepas sebulan spekulasi semakin memuncak, George Soros disahkan oleh Rosella Sensi sebagai CEO Roma. Selepas pelabur luar mula membida untuk mengambil alih Roma, pembidaan ini dengan lancarnya ditolak oleh keluarga Sensi dan sebaliknya beliau tetap menjadi pemilk kelab. Pada 17 Ogos 2008, pengerusi dan pemilik kelab club, Franco Sensi meninggal selepas mengidap penyakit lama dan tempatnya diambil oleh anak perempuannya, Rosella.

Sejak pengambil alihan pada 2011, NEEP Roma Holding S.p.A. memiliki kesemua saham Sensi dahulu. NEEP yang dipegang DiBenedetto AS Roma (kemudian dinamakan kepada AS Roma SPV, LLC) dan Unicredit memiliki nisbah 60–40 dari 2011 hingga 2013 dan pemilik dahulu mempunyai empat pemegang saham orang yang sebenar dalam nisbah yang sama, yang diketuai oleh Presiden Roma masa hadapan Thomas R. DiBenedetto (2011–12). Pengambil alihan itu juga mengaktifkan tawaran saham mandatori daripada orang ramai, namun tidak semua pemegang saham minoriti sanggup menjual saham mereka. Tawaran mandatori itu telah membuatkan NEEP memegang 78.038% daripada saham AS Roma (ditambah ke 67.1% daripada Sensi).[83] Pada 1 Ogos 2013, presiden Roma menjadi salah satu daripada empat pemegang saham Amerika yang memegang AS Roma SPV, LLC, James Pallotta membawa tambahan 9% saham NEEP Roma Holding dari Unicredit (menerusi Raptor Holdco LLC), sehingga bank tidak bersedia untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam peningkatan modal NEEP dari €120,000 hingga €160,008,905.[84][85] Pada 4 April 2014 Starwood Capital Group menjadi pemegang saham kelima AS Roma SPV, serta membentuk perkongsian strategik dengan AS Roma SpA untuk membangunkan hartanah di seluruh stadium baru.[86] Firma pelaburan swasta diwakili oleh Zsolt Kohalmi dari AS Roma SPV, yang dilantik pada 4 April sebagai rakan kongsi.[87] Pada 11 Ogos 2014, UniCredit menjual baki saham NEEP (31%) sebanyak €33 juta yang dibuat AS Roma SPV LLC (91%) dan Raptor Holdco LLC (9%) yang sebahagian daripada AS Roma SpA.[88]

Bersama Lazio dan Juventus, Roma ialah salah satu daripada tiga kelab Itali yang tergolong dalam Borsa Italiana, sebuah bursa saham Itali. Menurut The Football Money League yang diterbitkan oleh Deloitte, pada musim 2010-11, Roma merupakan kelab bola sepak ke-15 memiliki pendapatan tertinggi dengan jumlah kewangan €143.5 juta.[89]

Salah satu subsidiari Roma, Società Diritti Sportivi S.r.l., sedang dalam proses pembubaran sejak 2005. Selepas syarikat Viola menhadapi bankrup, Roma dan Lazio menambahkan nisbh saham mereka dari 25% hingga 37.5%. Subsidiari lain iaitu "Soccer S.A.S. di Brand Management S.r.l.", memperoleh penjualan Roma kepada syarikat subsidiari itu pada 2007. Pada Februari 2015, selain SPV, "ASR Media and Sponsorship S.r.l",[90] telah ditubuhkan untuk menjamin pinjaman bank lima tahun sebanyak €175 juta dari Goldman Sachs untuk tiga bulan Euribor (min. 0.75%) + 6.25% penyebaran (i.e. min. 7% faedah p.a.).[91]

Pengeluar dan penaja jersi

TempohPengluarPenaja
1970–71LacosteTiada
1972–76Tiada
1977–79Adidas
1979–80Pouchain
1980–81Playground
1981–82Barilla (pasta)
1982–83Patrick
1983–86Kappa
1986–91NR
1991–94Adidas
1994–95AsicsNuova Tirrena (insurans)
1995–97INA Assitalia (insurans)
1997–00Diadora
2000–02Kappa
2002–03Mazda (automobil)
2003–05Diadora
2005–06Banca Italease (bank)
2006–07None
2007–13KappaWIND (telekomunikasi)
2013–14TiadaRoma Cares (pertubuhan amal)[92]
2014–16Nike[93]Tiada
2016–24akan ditentukan

Rujukan

WikiPedia: A.S._Roma http://www.123football.com/clubs/italy/roma/index.... http://m.bleacherreport.com/articles/1730264-why-r... http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/s... http://investing.businessweek.com/businessweek/res... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.europeancuphistory.com/euro84.html http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-a... http://www.footballderbies.com/index.php?country=2 http://www.footballinitaly.com/roma.html http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=680854&...